|
Pendidikan yang berkesan ialah pendidikan yang mempunyai kesinambungan antara sekolah dan luar sekolah. Persediaan pelajar
di dalam menyediakan diri untuk belajar adalah penting. Kerana pelajar yang berjaya bukan kerana pelajar itu rajin sahaja
tetapi menjiwai apa yang telah dipelajarinya.
Dalam Pendidikan Islam, khususnya kejayaan pelajar itu bukan sahaja diukur dengan pencapaian A nya tetapi diukur
melalui kestabilan emosi, keindahan akhlaknya, kecantikan budi bahasanya, kemurnian rohaninya dan kesempurnaan ibadatnya.
Antara Resepi Kejayaan:
- Niat ikhlas kepada Allah.
- Pastikan diri bersedia.
- Hormat kepada guru.
- Pastikan ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
- Belajar dengan efektif

|